Duri Dalam Daging : Bravo Tun Mahathir!!!
Tentu semua orang dah baca komen Tun Musa Hitam tentang keluarnya Tun Mahathir
dari UMNO adalah keluarnya duri dalam daging UMNO...Shahrir Samad pun bagi
kenyataan berbunyi lebih kurang macam tu...
Sekarang Tun sudah jawab dalam entri blog beliau...:
Untuk Tun Musa Hitam :
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah
dikeluarkan.’
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu?
Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak
jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya
berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli
Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun
masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya
lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh
ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu
supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan
lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan
bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai
perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar
daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu
sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Untuk Shahrir Samad :
Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO,
jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol
kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa
sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu
supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging
UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya
bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga
barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tun Mahathir kemudian mengakhiri dengan pantun dua kerat :
Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.
Hehehe...syabas Tun Mahathir atas jawapan kepada dua orang pengkhianat yang
dibawa masuk kembali oleh Dinasti Anak Beranak ini...dah kena baru tau ya..ini
musuhitam laaa...
No comments:
Post a Comment