Thursday, May 22, 2008

Pitam Cenggini

Assalammualaikum wmt,

Jangan heran dan jangan marah pada Musa Hitam cakap begitu. Apa yang dia cakap itulah keadaan dia sebenarnya. Musa ni bukan ke orang yg diberi tugas oleh Pak Lah untuk uruskan Iskandar Malaysia.
Asal namanya Wilayah Pembangunan Iskandar - WPI. Bila Lee Kuan Yew syaratkan supaya Dasar Ekonomi Baru yang memberi hak istimewa kpd orang Melayu mesti ditarik balik, Musa pun ikut dan gesa agar DEB ditamatkan. Dan Tun Dr. M adalah orang yg lantang menentang projek itu. Musa pening dengan desakan Singapura yg takutkan Tun.
Jadi bila Tun keluar UMNO, secara otomatik terpancut, dari mulut celuparnya, "Duri dalam daging dah keluar".
Lepas ni senang le dia buat kerja jadikan Iskandar Malaysia satu wilayah khas untuk Singapura meluaskan wilayahnya dan menambah kekayaan dgn membangunkan kawasan itu. Siapa-siapa pun boleh beli hartanah disitu nanti. Sudah tentu harganya mahal dan orang Malaysia tak mampu beli.
Maka penuh le wilayah itu dgn warga asing yang kaya seperti warga Hong Kong, Singapura, USA dan yang paling penting menempatkan orang Yahudi yg ingin keluar dari huru-hara di Israel.
Bila Tun dah keluar UMNO dia ingat tak de orang nak kacau dia. Dia sangat takut kalau-kalau satu masa nanti Tun terlepas jadi perwakilan UMNO dan bercakap dalam perhimpunan agong mengenai soal itu.

Lega, memang lega. Itulah yg dirasakan Musa Hitam dengan berita itu. Sudah tentu disambutnya dgn gembira dan riang ria.

kat tv3 tadi musa hitam cakap blog Tun mahathir<chedet>bukan Tun yang tulis.....apa ke jadahnya..dah dibagitau awal awal oleh Tun kat blognya,,,chedet itu ditulis oleh pihak yang cekap tapi atas arahan beliau.....itam...itam....pitam cenggini..................

Komplot Dakwat Hitam

Bersih buat laporan polis ke atas PM, Musa, Ghani dan Rashid
(Harakah) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tiga lagi individu berikutan isu pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.
Setiausaha Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (Tun H.S. Lee) dekat Jalan Stadium hari ini menegaskan, empat individu tersebut harus bertanggungjawab di atas pembatalan penggunaan dakwat itu.
Tiga lagi yang disenaraikan dalam laporan polis yang dibuat itu ialah, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Turut serta semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pagi tadi ialah, calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar.
Empat hari sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat dengan alasan keselamatan dan ada pihak yang telah membeli dakwat itu bagi tujuan penyelewengan, ujar Faisal.
SPR dikatakan telah menggunakan RM2.4 juta wang rakyat untuk membeli dakwat kekal dari India untuk digunakan pada pilihan raya lalu, katanya.
Bagaimanapun kata Faisal, SPR baru-baru ini memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Ahmad Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.
Sementara itu katanya, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pula mendedahkan di Parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihan raya.
Baginya, jelas sebenarnya pengumuman pembatalan penggunaan dakwat itu hanyalah helah untuk menyelamatkan kerajaan BN tumbang pada pilihan raya umum lalu.
Jelaslah di sini bahawa kabinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihan raya ke-12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan, katanya.
"Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.
Dengan laporan polis yang dibuat itu, Bersih mendesak kesemua terbabit meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol.
Bagi Bersih, Polis dan Peguam Negara hanya dijadikan alat untuk membantu BN memanipulasi pilihan raya yang lalu, ujarnya.
Sementara itu Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar yang turut serta bersama Bersih membuat laporan itu mengecam tindakan berupa penipuan yang dilakukan SPR, Perdana Menteri, Musa dan Peguam Negara.
"Selepas membazirkan wang rakyat sejumlah RM2.4 juta, mereka akhirnya menipu rakyat terang-terang selepas mereka mendapat maklumat akan kalah pada pilihan raya umum lalu," kata Amin yang juga pernah membuat pemantauan pilihan raya di beberapa buah negara termasuk Afghanistan dan Nepal.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal di negara ini tidak akan mendatangkan ancaman kepada kerajaan atau keselamatan negara.
Alasan yang diberikan SPR dan pihak berkuasa sebelum pilihan raya lalu amat dangkal, dan ia mengesahkan bahawa polis sebenarnya yang gagal mengawal keselamatan negara.
Justeru beliau mendesak siasatan dibuat ke atas Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPR berikutan pembohongan tersebut.
"Kita mahu mereka bertanggungjawab dan meletak jawatan segera," tegasnya.
 

Bravo Mahathir

Duri Dalam Daging : Bravo Tun Mahathir!!!

Tentu semua orang dah baca komen Tun Musa Hitam tentang keluarnya Tun Mahathir dari UMNO adalah keluarnya duri dalam daging UMNO...Shahrir Samad pun bagi kenyataan berbunyi lebih kurang macam tu...

Sekarang Tun sudah jawab dalam entri blog beliau...:

Untuk Tun Musa Hitam :

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.


Untuk Shahrir Samad :


Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tun Mahathir kemudian mengakhiri dengan pantun dua kerat :

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

Hehehe...syabas Tun Mahathir atas jawapan kepada dua orang pengkhianat yang dibawa masuk kembali oleh Dinasti Anak Beranak ini...dah kena baru tau ya..ini musuhitam laaa...